Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak akan timbul sekiranya Sabah dan Sarawak menerima peruntukan dan kemajuan setara dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, sehubungan itu, dua perkara tersebut perlu ditunaikan kerajaan pusat selari dengan semangat pembentukan ,Malaysia.